This blog is best viewed using Mozilla Firefox. Hold down Ctrl++ to zoom in and Ctrl-- to zoom out.
_________________________________________________________________________

Thursday, July 09, 2009

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.



Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.

Wallahu a'lam.


9 comments:

Ya Habibi said...

Ditikam sebanyak 18 kali???
astaghfirullah..

tikaman sebanyak 18 kali memerlukan beberapa minit untuk dilaksanakan, kecuali manusia itu adalah 'robot'.

adakah orang2 yang berada di dalam mahkamah itu hanya buat bodoh dan berpeluk tubuh sahaja?? atau mereka sebenar-benarnya bodoh? apa tugas polis2 aka pengawal2 dalam mahkamah tu? 'sedang makan' mungkin..

kejam sungguh!!!!!

wann said...

[habibi]

itulah itunya..pekak benar org dalam tu..atau lambat benar reaksi depa..

1jj4 1912 said...

Inalillah..
huhuhuhuhu..memang tragis..
Dari dulu sampai sekarang..agama kita telah lama dihina + dikeji, hnya disebabkan depa tak paham Islam tu apa..
sedih baca ni..ni yang dilaporkan.. yang diluar pengetahuan kita, sah2 lagi banyak kot..hisk..

Anonymous said...

Ya Allah.............

Imah said...

Pada saya mereka bukan tidak paham...mereka buat-buat takpaham...mereka bukan bodoh tapi buat-buat bodoh...Yang nyata sekali mereka takut akan agama Islam...Kerana mereka sedar Islam agama yang benar.

Anonymous said...

ya Allah!!...
makin kejam dunia skrg..
siapa sebenarnya terrorist??..
logikalnya mmg x patut smua ni terjadi...

msg2 menuding pada islam...
wlupun terang2 bukti menuju ke arah mereka...

knp smua ni di selindung...
sdgkan agama lain jg tdk mengajar untuk bersikap kejam...

mmg geram.... seribu kali geram...

Anonymous said...

Sama-sama lah kita ambik tragedi ni sebagai peluang untuk menjelaskan kenapa Islam menunutut wanita bertudung (Why hijab?)kepada orang bukan Islam ..

Dan juga kepada Muslim sisters.. sebar2kan kisah ni pd mereka, ajak mereka berfikir; kenapa saudara seIslam kita sanggup mempertahankan Hijab. Malaysia negara yg bebas untuk practice Islam, tp ramai yg tak guna nikmat ni sebaik2nya..

So, berpesan-pesanlah tentang kebenaran :)

Sassy Sara said...

kejam memang kejam
mereka di mahkamah tu pura2 tak nampak -
ini semua kerja Satanists -
mmg mereka nak membunuh Islam -
mereka mahu wujudkan world without God -
cari di YouTube taip "The Arrivals" tontonlah dokumentari ini -mungkin anda akan faham apa yg saya perkatakan di sini - tak pun layari www.wakeupproject.com

one_sue said...

bila kuasa ada ditangan anda mampu melakukan segalanya....

Blog Widget by LinkWithin